Kursus Asas Microsoft Office Word, Asas Komputer Dan Advokasi Sesi 2

11 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Julai 2020, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Kursus Asas Modul Microsoft Office Word (Sesi 2) di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kursus ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta dalam mempelajari asas Microsoft Office Word. Semasa kursus berlangsung, peserta diberikan latihan asas menggunakan Microsoft Office Word seperti membuat jadual, memasukan gambar dan membuat surat kiriman rasmi. Di akhir kursus, peserta diuji dengan ujian penilaian diri dalam menguji kefahaman peserta sepanjang menghadiri kursus Microsoft Office Word tersebut.

Kelas ini berlangsung selama 3 jam bermula 2:30 petang sehingga 05:00 petang merangkumi aktiviti sampingan seperti tayangan video advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali